Bab 5 l Penjagaan Kanak-Kanak Dengan Penyakit Asma l Adli Yuna
Umum kita ketahui , kanak-kanak yang ada penyakit asma sangat memerlukan perhatian lebih kerana sukar bagi mereka menerangkan keadaan diri disebabkan usia masih kecil lagi. Oleh itu ,penjagaan rapi di rumah dan juga sokongan daripada ibu , guru-guru dan juga serta penjaga adalah sangat penting.
#Sekadar gambar hiasan1. Mengenal pasti tanda asma pada kanak-kanak.
Batuk berpanjangan, terutama waktu malam.
-
Nafas berbunyi (wheezing).
-
Anak cepat penat atau berhenti bermain kerana sesak.
-
Susah bernafas ketika menangis atau ketawa kuat.
-
Tidur terganggu kerana batuk / sesak.
๐ Kadang-kadang ibu bapa keliru dengan batuk biasa, padahal ia tanda awal asma.
2. Penggunaan Inhaler pada Kanak-kanak
-
Kanak-kanak kecil biasanya sukar guna inhaler biasa.
-
Gunakan spacer (tabung plastik) + mask supaya ubat sampai ke paru-paru dengan berkesan.
-
Pastikan anak tenang semasa guna inhaler, boleh jadikan ia seperti permainan untuk mengurangkan takut.
-
Selepas guna inhaler steroid, basuh mulut anak atau lap muka untuk elak kesan sampingan.
3. Peranan Ibu Bapa / Penjaga di Rumah
-
Pastikan ubat kawalan diambil ikut jadual.
-
Catat bila anak mula batuk atau sesak.
-
Kenal pencetus asma anak (contoh: habuk, makanan laut, cuaca sejuk).
-
Ajar anak cara memberitahu bila mereka rasa sukar bernafas.
-
Sentiasa bawa inhaler pelega ke sekolah atau semasa keluar.
4. Peranan Guru & Sekolah
-
Maklumkan pada guru bahawa anak ada asma.
-
Sediakan salinan pelan tindakan asma di sekolah.
-
Pastikan inhaler anak mudah dicapai di dalam beg / bilik guru.
-
Guru perlu tahu bila masa sesuai hubungi ibu bapa atau ambulans.
5. Aktiviti Fizikal untuk Kanak-kanak dengan Asma
-
Kanak-kanak tetap boleh aktif & bersukan.
-
Aktiviti sesuai: berenang, berbasikal santai, berjalan, senamrobik ringan.
-
Elakkan aktiviti lasak tanpa pemanasan badan.
-
Pastikan ada inhaler standby sebelum aktiviti.
6. Sokongan Emosi untuk Anak
-
Jangan biarkan anak rasa “berbeza” dengan rakan-rakan.
-
Galakkan anak untuk aktif dan yakin diri.
-
Terangkan kepada anak tentang asma dengan cara mudah difahami.
✅ Kesimpulan Bab 5:
Penjagaan kanak-kanak dengan asma memerlukan kerjasama antara ibu bapa, penjaga, guru
dan komuniti. Dengan rawatan yang konsisten, kanak-kanak asma boleh membesar dengan
sihat dan aktif seperti rakan sebaya.
- ADLI YUNA -
Comments
Post a Comment